Pada hari Isnin lepas 8hb.Ogos,2011, kami telah mula memeriksa buah buah kurma di ladang di Thailand untuk di petik. Memandangkan bulan puasa sedang berjalan, adalah lebih baiknya buah buah kurma yang segar dapat dipetik dan di jadikan makanan sewaktu berbuka puasa.
Walau bagaimana pun nampaknya, sebahagian buah buah kurma yg terdiri dari 3 peringkat umur ada yg telah tua tetapi belum masak. Bagi pokok pokok asal (Yg ditanam pada tahun 2000) buah agak besar dan belum cukup tua. Dijangka dalam 3 minggu lagi baru masak sepenuhnya. Manakala pokok pokok yg peringkat pertengahan (Berumur 5 ke 6 tahun) juga masih belum boleh dipetik, masih berwarna kuning. Dijangka dalam 2 minggu lagi boleh dipetik, Saiz buah agak kecil sedikit dari pokok yg ditanam asal (hampir 11 tahun).
Pokok yg terbaru adalah yg berumur 3 tahun juga mula berbuah dan saiz buah agak kecil sedikit kerana masih baru belajar berbuah. Sungguh pun begitu, rasa manis tidak berubah dan sungguh enak dimakan kerana buah yg masak dipetik adalah lembut dan berbeza dari yg diimpot kerana buah yg diimpot agak keras kerana biasanya datang dari musim tahun yg lalu. Buah kurma cuma berbuah 1 musim sahaja setahun dan mengambil masa selama 6 bulan untuk masak dari mula ianya berputik.
Bagi kurma diladang kami ini, soal pasaran tidak bimbang kerana semua hasil tuaian telah di langgan oleh satu pasaraya terbesar di Bangkok " SIAM PARAGON". Semua hasil buah cuma boleh dijual kepada pasaraya ini sahaja. Harga jualan kurma yg segar (fresh) kepada pasaraya adalah Baht500 se kilogram dan harga jualan mereka di pasaraya tersebut adalah Baht680 ke baht700 sekilogram. Hasil yg kami perolehi pada musim yg lalu adalah sekitar Baht5 juta atau (RM500,000) untuk lebih kurang 50 ke 60 pokok termasuk pokok yg besar (20 pokok) dan pokok peringkat ke 2 dan yg kecil bercampur campur.
Musim tahun ini juga hasil dijangka tidak kurang dari RM500,000.Bersama disertakan beberapa gambar dan video pada hari tuaian percubaan pada Isnin lepas. Sekian, terima kasih.