Friday, July 29, 2011

kurma spesis BN1 pertama di Brunei















Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah s.w.t. yang telah mengizinkan kelancaran projek mendatangkan anak benih pokok kurma yg diberikan nama" BN1"ke negara Brunei Darussalam. Mudah mudahan dengan kedatangan anak anak pokok ini yang seiring pula dengan bulan sambutan hari lahir KDYMM tuan patik, Sultan dan yg di Pertuan Negara Brunei Darussalam akan membawa keberkatan ke atas usaha kita semua.

Pada 27 Julai,2011, kami telah mengadakan satu taklimat ringkas di majlis penyerahan pakej pertama anak benih pohon kurma BN1 di rumah YB Penghulu Hj Bakar yg juga merupakan Ahli Majlis Mesyuarat Negeri bersama tuan Imam dan beberapa orang penduduk kampung.

Di hari tersebut, kami berpeluang menunjukkan cara penanaman pokok kurma ini dan beberapa penerangan berkenaan kaedah penjagaan terutama diperingkat permulaan selepas ditanam. Tanaman pokok kurma ini tidak susah untuk dijaga dan penjagaa awalnya cuma memerlukan siraman air sekurang kurangnya sekali sehari dalam masa sebulan selepas ditanam ini. Apabila sudah berumur 1 bulan ke atas, boleh lah disira 3 kali seminggu jika tidak hujan.

Tali ikatan sudah boleh dibuka selepas 3 minggu dan bolehlah mula diberikan baja organik (najis haiwan yg sudah dikeringkan) dan juga baja NPK seperti urea(warna putih) atau baja 15:15:15 dengan kadar 50gram sahaja bagi setiap pokok 2 bulan sekali. Tabur disekeliling pokok jauh sedikit dari pangkal pokok dalam anggaran jarak melebihi 6 inci dari pokok.

Bersama disertakan beberapa keping gambar pada hari tersebut

No comments:

Post a Comment