Monday, November 30, 2009

Agro teknologi











































Saya ingin memulakan pembicaraan berkenaan tajuk Agro teknologi yang mana perkembangan yang sangat drastik kita lihat telah menular di bidang pertanian samada dari bidang tanam tanaman, penternakan dan juga perikanan.

Saya berasal dari Selangor dan keluarga dari Negeri Sembilan. Setelah bersekolah dan bekerja di dalam bidang perbankan selama hampir 10 tahun, saya berhijrah ke Thailand mulai dari selatan Thai hingga ke Bangkok. Saya membuat beberapa perniagaan trading business kebanyakan berasaskan makanan sejuk beku, life sea food dan lain lain makanan yang halal.

Bertitik tolak dari sana, saya mula mempelajari bidang ternakan ikan dan udang, ternakan haiwan dan mendalami ilmu berkenaan tanam tanaman, baja dan tanah dengan lebih terperinci.

Boleh dikatakan, selama lebih 15 tahun ini saya telah menjelajahi hampir keseluruhan tempat yang mengusahakan pertanian dalam berbagai bagai bidang dan belajar dari mereka secara praktikal. Banyak yang di pelajari dan sebahagiannya tidak boleh di diperolehi dari buku buku dan dari pensyarah pensyarah universiti.

Dari pengalaman yang saya perolehi selama tempoh itu, banyak perkara dan ilmu yang perlu ada pada petani petani kita dari segi teknik dan teknologi. Kelebihan petani petani di Thailand adalah mereka berkebolehan dan berilmu dan tahu teknik teknik yang sepatutnya bila mengusahakan sesebuah ladang. Kita sebut "Cara Pertanian Tepat" dan "Berteknologi Thailand"

Saya telah banyak memberikan siri ceramah diseluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Kini sedang dalam rangka bekerjasama dengan Jabatan Pertanian Brunei Darussalam dalam mempertingkatkan aktiviti pertanian agar dapat menjana pendapatan untuk rakyat di sana dan menjadikan pertanian sebagai salah satu sumber yang boleh menghasilkan pendapatan yang lumayan. Ilmu dan teknologi yang akan kami ketengahkan adalah setanding dengan petani petani di Thailand yang kita akui jauh lebih maju di dalam bidang pertanian.

No comments:

Post a Comment