.jpg)

Baru baru ini saya telah di jemput ke Brunei untuk membuat pameran dan promosi pengenalan tentang pencapaian terkini kami iaitu penghasilan spesis benih kurma baru yang kami beri nama "KL 1". Benih yang boleh hidup dan berbuah untuk dimakan sesuai ditanam di tanah dan cuaca negara negara ASEAN khususnya.
Penghasilan anak benih ini bukanlah sesuatu yang mudah, tetapi amat merumitkan dan perlu penjagaan dan pemerhatian yang terperinci kepada setiap anak benih yang dihasilkan. Proses mengambil masa yang panjang iaitu hampir 2 tahun. Dalam tempoh ini, setiap anak pokok di periksa dari masa ke semasa dan perlu menjalani berbagai bagai proses sebelum ianya sedia untuk dijual dan dikomersilkan.
Jumlah anak benih yang telah sedia untuk dijual adalah terhad kepada 2,000 pokok sahaja. penjualan berdasarkan first come first serve basis sementara stok masih ada.
Kami telah memulakan kajian pada tahun 2000 dan buah pertama dapat dihasilkan pada tahun 2004 sehinggalah sekarang. Pokok boleh berbuah setiap tahun dan bagi pokok yang telah matang sepenuhnya berumur lingkungan 5 tahun keatas dapat menghasilkan buah melebihi 200kg sepohon.
Bagi anak benih yang telah berjaya kami hasilkan ini, jika ditanam diladang, pada kebiasaannya akan mengambil masa antara 2 ke 3 tahun untuk mula berbuah. Walau bagaimana pun, dengan pembajaan dan penjagaan yang sempurna, pokok boleh berbuah pada umur antara 1 tahun 8 bulan ke 2 tahun. Berbanding pokok kurma yang ditanam di negara negara Timur Tengah mengambil masa selama 7 tahun untuk berbuah.
Untuk pengetahuan semua, pokok kurma mempunyai 2 jantina iaitu pokok jantan dan pokok betina. Keduanya saling memerlukan untuk proses pendebungaan. Nisbah jantan dan betina bagi anak benih kami hasilkan ini adalah 3:10, iaitu dalam 10 batang anak benih yang kami hasilkan akan terdapat antara 1 hingga 3 batang pokok jantan.
Oleh yang demikian, jika ingin membeli adalah disarankan beli sekurang kurangnya 3 pokok. Samada ketiga tiga pokok adalah betina yang akan berbuah atau akan terdapat satu pokok jantan untuk diambil "pollen" atau debunga bagi proses pendebungaan.
Untuk maklumam semua, stok debu atau "pollen" jantan ada didalam simpanan kami dan bekalannya tidak menjadi masaalah kerana ianya boleh disimpan selama 2 tahun tanpa rosak.
Melalui blog ini juga kami menawarkan jualan anak pokok secara berperingkat peringkat. Oleh kerana stok yang amat terhad dan pasaran perlu dibahagikan kepada 2 negara iaitu Malaysia dan Brunei. Buat masa ini di Malaysia stok sedia sebanyak 100 pokok seminggu sahaja sementara stok masih ada.
Produk ini baru saja di perkenalkan kepada orang ramai dan pertama kalinya diperkenalkan secara terbuka di EXPO PERTANIAN 2009, NEGARA BRUNEI DARUSSALAM yang baru berakhir hari ini 30hb,November2009. Dimana telah mendapat perhatian dari DULI YANG MAHA MULIA SULTAN BRUNEI sendiri yang telah melawat gerai pameran anjuran JABATAN PERTANIAN BRUNEI DARUSSALAM.
Anak pokok akan mula di bawa masuk ke Negara Brunei Darussalam mulai bulan Disember 2009 ini. Manakala stok di Malaysia telah mula dibuka untuk jualan mulai hari ini.
BOLEH HUBUNGI 012-6556 926 ATAU EMAIL : zzkasim@yahoo.co.uk
lokasi: Beranang dan Shah Alam

No comments:
Post a Comment