

Sebelum saya bercerita tentang teknik tanaman dan teknologi terkini dengan lebih lanjut dan terperinci, kali ini saya ingin berkongsi dengan pembaca tentang perkara asas yang perlu diketahui sebelum menceburkan diri kedalam industri pertanian terutama tanaman.
Pernah dengar istilah "Pertanian Tepat"?. Ianya adalah satu kaedah bertani dengan mengetahui secara terperinci dan tepat tentang sesuatu tanaman dengan ciri ciri keperluan nya seperti PH tanah, jenis tanah yang sesuai, pengairan, benih , pengawalan penyakit dan serangga dengan menggunakan racun yang betul. Pendek kata petani memahami tentang keperluan tanaman yang bakal diusahakan secara tepat. Tidak perlu membazir baja dan racun yang tidak diperlukan oleh sesuatu tanaman itu.
Keperluan tanaman adalah berbeza setiap satunya kerana kita perlu mengetahui sifat sifatnya seperti keperluan air dan cahaya matahari yang banyak atau sedikit. Semua ini perlu dipelajari dahulu. Kaedah inilah yang disebut "Pertanian Tepat". Untuk menjadi seorang petani yang berjaya, petani itu mestilah berilmu seperti kebanyakan petani di Thailand. Mereka menanam sesuatu tanaman dengan mengetahui dan mengambil kira keperluan tanaman dari semua aspek. Mengenali setiap sifat sifat tanaman yang berbeza beza antara satu sama lain.
Sebagai contoh, jika diberikan 2 batang anak benih yang sama umpamanya pokok longan siam kepada 2 orang petani. Seorang petani Thailand dan seorang petani kita. Mereka pun menanam pokok masing masing dengan cara mereka sendiri. Selang beberapa tahun saya yakin dan percaya bahawa pokok longan yang ditanam oleh petani Thailand tadi akan berbuah manakala pokok yang ditanam oleh petani kita tadi belum tentu berbuah ataupun berbuah dengan sedikit.
Apa yang ingin saya katakan disini, bahawa petani Thailand tadi menanam pokok dengan ilmu dan tahu menjaga dan membaja cara yang betul, menggunakan baja yang betul dan sebagainya. Bagi petani kita pula, walaupun dibekalkan dengan benih dan anak pokok yang sama kualitinya, tetapi disebabkan kurangnya ilmu maka pokok tidak berbuah dengan sempurna. Begitulah pentingnya ilmu didalam pertanian tanaman ini dan bukannya sekadar tanam dan tinggal, kemudian mengharapkan hasil yang lumayan
sekian. "KEARAH MEWUJUDKAN PETANI YANG BERILMU"
No comments:
Post a Comment