Sedikit penerangan yang perlu diketahui oleh seseorang petani tentang pemakanan pokok. Perkara pertama yang perlu kita ambil kira apabila mahu menanam sesuatu tanaman adalah faktor TANAH. Tanah adalah satu elemen yang terpenting yang perlu di ambil kira tentang kesuburannya samada PH, CEC/KTK (Kadar Tukaran Kation dlm tanah),kadar kelembapan ,kandungan organik dan lain lain perkara yang berkaitan.
Apabila tanah sudah ditentukan kadar PH nya sesuai dengan jenis tanaman yang ingin ditanam, barulah proses penanaman bermula dengan mengambil kira dan memasukkan lain lain "Rukun" yang perlu bagi kejayaan sesuatu tanaman itu. Selain tanah atau media tanaman, rukun lain yang perlu diambil kira adalah, benih tanaman yang mesti bermutu tinggi atau pun benih hibrid, faktor lain adalah pembajaan yang bersesuaian dengan tanaman dan jenis baja yang diperlukan bagi peringkat peringkat tertentu secara terperinci. Kemudian faktor Pengawalan serangga dan penyakit dengan mengetahui secara terperinci apakah musuh utama kepada tanaman yang kita usahakan dan menggunakan racun yang bertepatan dengan musuh dan penyakit yang menyerang tanaman kita. Selain itu faktor pengairan juga sama pentingnya di dalam keseluruhan proses penanaman ini.
Baik lah, untuk kali ini saya cuma akan bercerita sedikit tentang faktor "TANAH" dan kaitannya dengan baja dan pemakanan pokok.
Petani petani dan penanam penanam semua secara asasnya perlulah tahu serba sedikit tentang proses pemakanan pokok kerana bila kita tahu akan proses ini, maka kita dapat memberikan penjagaan, pembajaan dan keperluan yang sebenarnya diperlukan oleh tanaman kita.
Pertamanya saya katakan bahawa"POKOK TIDAK MAKAN BAJA TETAPI MEMAKAN NUTRIEN". Apakah yang saya maksudkan dengan ungkapan diatas?. Dalam ertikata lain untuk memudahkan pemahamannya adalah seperti "KITA TIDAK MAKAN IKAN TETAPI MEMAKAN LAUK" Maksudnya, ikan perlu dimasak dengan perencah menjadi lauk barulah boleh kita makan.
Begitu juga dengan pokok, baja yang kita tabur berkilo kilo itu belum tentu boleh diambil oleh pokok. Itu sebabnya kadang kala kita membaja dengan banyak tetapi pokok tidak juga subur subur kerana sebenarnya pokok tak dapat memakan dan mengambilnya dan kebanyakan baja tersebut hilang dibawa hujan dan teroksida oleh cahaya matahari.
Apa sepatutnya yang perlu berlaku adalah, baja yang kita tabur perlu ditukar oleh mikrob,cacing dan segala hidupan organisma dalam tanah menjadi nutrien, baru lah boleh diserap oleh akar menjadi makanan kepada pokok melalui pembakaran oleh cahaya matahari di daun yang kita kenali sebagai proses fotosintesis.
Itulah sebabnya, penting sekali bagi kita memastikan tahap kesuburan tanah dan PH tanah bagi memastikan proses pembajaan kita dapat di tukar oleh tanah kepada nutrien bagi makanan pokok. KTK/CEC tanah perlu di tentukan sekiranya mampu berbuat demikian kerana ilmu adalah penting dalam menentukan kejayaan seseorang petani itu.
Setiap kali selepas menuai atau mengambil hasil, kembalikan semula kesuburan tanah dengan kaedah kaedah tertentu yang boleh dipelajari. Terutama bagi tanaman yang ditanam berulang kali dengan jenis tanaman yang sama.
Kerosakan pada tanah biasanya terjadi disebabkan 2 perkara utama iaitu: Penggunaan racun rumpai yang membunuh rumpai hingga ke akar akarnya sekali dan yang kedua penggunaan baja kimia (NPK) yang berterusan. 2 faktor ini lama kelamaan akan menjadikan tanah kita gersang dan secara perlahan lahan membunuh mikro organisma didalam tanah itu sendiri.
Perlu difikirkan satu kaedah bagi mengembalikan kesuburan (Rejenuvate)tanah ke asalnya setiap kali lepas pengambilan hasil atau bila mula menanam semula.
Sekian. SELAMAT MAJU JAYA DI DALAM USAHA PERKEBUNAN ANDA
(Selepas ini saya akan bercerita tentang faktor lain seperti, baja, pengawalan dan pengairan pula)

No comments:
Post a Comment