Friday, December 11, 2009

kurma berbuah cepat




















































Sebelum saya menyambung isu faktor kejayaan anaman seperti dijanjikan pada artikel sebelum ini, saya mahu menceritakan sedikit perkembangan terbaru berkenaan hasil teknologi terbaru berkenaan penanaman anak pokok kurma spesisi KL1.

Kalau kembali melihat pada artikel artikel saya yang sebelum ini berkaitaan info pokok kurma, ada dinyatakan bahawa dari anak benih yang telah berumur 2 tahun apabila ditanam ke ladang akan mengambil masa antara 2 tahun ke 3 tahun baru berbuah. Tetapi biasanya kalau dijaga dan dibaja selalu, boleh berbuah dalam masa hampir 2 tahun sahaja. Ini adalah satu kemajuan yang patut dibanggakan kerana kalau dibandingkan dengan pokok kurma biasa di negara Timur Tengah, akan mengambil masa hampir 7 tahun untuk berbuah. Ini adalah tempoh normal untuk pokok kurma mula mengeluarkan buah.

Apa yang ingin saya kongsi dengan peminat peminat dan petani yang sentiasa mahukan kemajuan dibidang pertanian adalah setiap perkembangan dan kemajuan yang dicapai adalah datangnya dari usaha dan inisiatif kita sendiri yang sentiasa mencuba dan mencari jalan mempertingkatkan ilmu dan teknologi melalui R & D secara berterusan.

Seperti penemuan paling terbaru kami adalah anak pokok kurma yang kami tanam di dalam bekar tong plastik biru telah mula berbuah hanya selepas 8 bulan ditanam. (Lihat gambar). Kajian kami menunjukkan bahawa penjagaan dan pembajaan yang betul melalui penggunaan "Teknologi Pertanian Tepat" dapat mempercepatkan proses yanag memakan masa lama kepada masa yang paling singkat.

Kepada pembeli yang telah membeli anak pokok kurma spesis KL1 boleh lah menghubungi saya untuk keterangan lanjut bagi mengetahui rahsia kejayaan ini.

sekian,terima kasih

2 comments:

  1. price value based in technology

    ReplyDelete
  2. saya pernah beli benih kurma harga rm80-00 sepokok tapi tggu punya tunggu, takda apa..rupanya benih landscape...kalau betul macam ni, rm2 ribu sebatang pun setimpal dengan nilai teknologi yg tuan Dr telah capai...saya bangga sebagai org melayu.tq

    ReplyDelete