Thursday, February 4, 2010

PENTINGNYA ILMU DALAM BERTANI
















































Industri pertanian semakin berkembang pesat sejak akhir akhir ini. Tetapi untuk menjadi seorang petani yang berjaya, kita mesti lah ada ilmu pengetahuan berkenaan tanaman atau ternakan yg akan diusahakan. Sekurang kurangnyaada sedikit ilmu tentang asas dalam bertani.

Kita mestilah mengenal tanah, jenis jenis tanah, tahap kesuburan tanah, PH nya, kandungan organik karbon dan tahap pengambilan baja, pertukaran KTK (CEC). Kita juga perlu tahu tanaman apa yg sesuai bagi jenis jenis tanah yang tertentu. Kemudian kita perlu kenal sedikit perihal baja. Baja organik dan baja kimia. Apa yang dikatakan NPK?. Sewaktu pengalaman saya berceramah, bila saya tanya apakah itu baja?.. jwapan yang saya dapat adalah rata rata menjawab...."UREA" apakah kaitannya dengan NPK... Kebanyakan antara petani tak tahu.

Memang betul "UREA" itu baja. Ianya adalah baja tunggal tetapi cuma mengandungi unsur "N" sahaja iaitu Nitrogen. Tidak mengandungi unsur "P" dan "K" . Baik untuk pertumbuhan pokok dan daun. Tetapi sebenarnya ada banyak lagi pecahan baja yg perlu seseorang "PETANI" itu patut tahu. Seperti Baja organik yg dihasilkan dari najis haiwan dan yang dihasilkan dari tumbuha tumbuhan dan yang dihasilkan dari mineral alam semulajadi.

Begitu juga dengan baja "KIMIA" yang selalu kita sebut baja "NPK". Sedangkan baja kimia ini ada berbagai jenis seperti baja Tunggal (single fertilizer), Baja sebatian, Baja campuran dan compounded, baja forliar juga tetapi ada yg jenis organik dan kimia.

Bilakan waktu atau peringkat umur pokok yang memerlukan jenis jenis baja atau kandungan N,P atau K yg tinggi. Bukanlah sepanjang masa kerana pengetahuan ini penting bagi kejayaan tanaman kita dan juga dapat menjimatkan kos pembajaan. Seperti cara yg dilakukan oleh petani di Thailand yg mengamalkan "PERTANIAN TEPAT".

Kita juga perlu tahu sedikit tentang racun perosak dan racun rumpai. Racun perosak perlulah di ketahui melalui bahan aktif (A.I) yg digunakan dan bukan berdasarkan jenama yg ada perbezaan harga yg ketara. Walaupun sama kandungannya tetapi berdasarkan jenama, yg diimpot lebih mahal harganya sedangkan kita ada pilihan keluaran tempatan.

Akhir kata, kesimpulannya, sebelum memulakan usaha untuk bertani atau kepada yg baru memulakan projek tanaman secara komersial khasnya, perlulah mendalami sedikit pengetahuan sekurang kurangnya tentang asas dalam bertani.

Sekian

No comments:

Post a Comment