Monday, March 15, 2010

TINGKATKAN HASIL PADI RAKYAT

Dalam meningkatkan hasil tanaman, terdapat banyak faktor yang mempengaruhinya yang sama sama memainkan peranan penting. Tetapi apa yang selalu kita dengar bahawa faktor baja yang memainkan peranan penting didalam meningkatkan hasil. Sebenarnya "Baja" adalah faktor sekunder atau faktor sokongan sahaja. Seperti dalam tanaman padi contohnya, peranan Baja itu sama pentingnya dengan peranan kualiti benih yang digunakan, peranan pengawalan serangga dan penyakit, peranan pengairan yang baik dan lain lain peranan seperti juga peranan sikap petani sendiri. Semua faktor ini adalah memainkan peranan secara bersepadu didalam menentukan hasil tanaman padi ini sebagai contohnya. Bolehkah mencapai 10 Metrik Tan sehektar???

SEBENARNYA FAKTOR YANG PALING PENTING ADALAH TANAH. Tanah memainkan peranan yang paling penting didalam menentukan hasil, didalam menentukan keberkesanan baja kerana hanya tanah yang sihat dan subur sahaja yang dapat memberikan nutrien terbaik dari baja baja yang digunakan untuk makanan kepada pokok. Tanah yang subur itu bermakna tanah yang kadar PH nya baik (5.5 ke 6.5 bagi padi), kandungan mikro organisma, humus dalam tanah, organik carbon berada diparas yang baik, KTK ( CEC) tanah adalah baik dan lain lain lagi. Bila tanah sudah dipulihkan, maka apa pun jenis baja yang digunakan akan dapat di salurkan kepada pokok dengan lebih berkesan.

KENAPA KENA RAWAT???

Tanah perlu dirawat kerana kita sendiri yg telah merosakkan nya melalui penggunaan baja kimia (NPK) secara berterusan dan penggunaan racun rumpai (yg membunuh rumpai dan akarnya sekali) secara berterusan. Mikrob & mikroorganisma dalam tanah mati, kandungan humus berkurangan, kadar CEC tanah menurun. Bila kita dah rosakkan tanah, wajiblah kita kena rawat dan pulihkan tanah semula bagi tanaman seterusnya jika mahukan hasil yang tinggi.

Lihat pada zaman dahulu, masa datok nenek kita bertani, tidak ada penggunaan baja dan racun kimia pun. Baja yang mereka guna cuma baja organik dari buangan haiwan ternakan sahaja yg tinggi kandungan humusnya. Tapi dengan perkembangan sains dan teknologi, timbulnya berbagai bagai jenis baja kimia yg dapat meningkatkan hasil tanaman. Baguslah begitu...tetapi kita kena lihat juga akibat dan kesan sampingan dari penggunaannya secara jangka panjang. Oleh itu, kita boleh guna baja kimia ini tetapi hendaklah di seimbangkan dengan melakukan pemulihan tanah bagi setiap kali penanaman. Baru lah tanah dapat bertahan dan penggunaan baja baja kimia dapat dikurangkan sedikit demi sedikit.

Terdapat beberapa gambar yg saya paparkan disini menunjukkan peningkatan hasil padi boleh berlaku jika tanah dipulih dan dirawat dahulu sebelum setiap musim menanam. Gambar tersebut adalah di Semanggol Perak dimana saya telah membuat plot percubaan dengan orang kampung dan telah terbukti kaedah merawat tanah telah berjaya meningkatkan hasil dari 6 tan ke 9.5 tan sehektar. Berbanding hasil petani lain dikawasan sekitarnya yang mendapat hasil cuma 3 ke 4 tan sehektar.

Alhamdulillah, pendekatan pemulihan tanah ini telah mendapat perhatian pihak Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani sendiri dan juga pihak MARDI negari Perak yang berpandangan positif berminat untuk bekerjasama dalam mengemaskinikan pakej tanaman padi dan saya juga telah pun memberikan taklimat berkenaan pendekatan ini pada hari penuaian padi di plot percubaan Semanggol pada 23hb.Feb,2010 yang lalu.

Semoga ianya akan menjadi satu titik permulaan kearah yang lebih positif dalam mempertingkatkan hasil padi petani kita.

2 comments:

  1. SEMUGA TITEK PELUH, USAHA GIGIH DAN USAHA SERTA IKHTIAR AKAN BEROLEH KEJAYAAN YANG CEMERLANG DAN DI ANUGERAHKAN REZEKI YANG MELIMPAH RUAH DARI ALLAH S.W.T.

    BERBAKTI DAN BERBUDI PADA TANAH AKAN MENDATANGKAN KEMANFAATAN DAN KEBERHASILAN YANG TAK PUTUS2.......

    ReplyDelete
  2. SEMUGA TITEK PELUH, USAHA GIGIH DAN USAHA SERTA IKHTIAR AKAN BEROLEH KEJAYAAN YANG CEMERLANG DAN DI ANUGERAHKAN REZEKI YANG MELIMPAH RUAH DARI ALLAH S.W.T.

    BERBAKTI DAN BERBUDI PADA TANAH AKAN MENDATANGKAN KEMANFAATAN DAN KEBERHASILAN YANG TAK PUTUS2.......SEMUGA DR ABG AKAN TERUS BERUSAHA HINGGA KE TITISAN PELUH YANG TERAKHIR DAN JANGAN MUDAH BERPUTUS ASA DAN BANYAKKAN BERSABAR DAN TIDAK ADA KERUGIAN BERBUAT DEMIKIAN KAN...KAN....KAN..

    KAMELIA

    ReplyDelete