Lawatan ke Sungai Kelantan melihat kerja kerja penambakan benteng pasir dilakukan bagi meningkatkan paras air untuk kegunaan penanam padi
Prihatin.....Sempat melawat warga emas disamping menghulurkan bantuan
Sidang akhbar..........
Beramah mesra dengan penduduk tempatan
Kemesraan jelas terjalin antara pemimpin dan rakyat
KADA yang diterajui oleh Tan Sri Anuar Musa
PH 5.8 di kawasan tanaman padi KADA yang sempat saya periksa
Masaalah Siput Gondang Emas (SGE) yang tak boleh dibiarkan
Telur telur yang bakal mengundang masaalah kepada tanaman padi di masa hadapan
Membiak secara sembunyi di celah celah tanaman padi yang perlu dikawal secara serius sebelum terlambat
Jamuan ringan
Lawatan selama 2 hari ke Kelantan bersama Dato Seri Noh Omar, Menteri Pertanian & Industri Asas Tani banyak memberikan pengajaran kepada saya dan memberikan peluang untuk melihat sendiri keadaan sebenar kemajuan petani dan nelayan yg tidak banyak berubah sejak 20 tahun yang lalu. Kemudahan asas petani terutama penanam padi tidak disediakan dengan betul. Paras air yg rendah di Sungai Kelantan menyukarkan kemasukan air pada musim tanaman padi. Sepatutnya pihak kerajaan negeri bertindak mencari jalan samaada membina empangan atau pun dalam jangka masa pendek, membina benteng pasir bagi meningkatkan paras air sungai Kelantan bagi kegunaan petani. Tanaman padi pula, rata rata di sepanjang perjalanan dalam siri lawatan ini amat menyedihkan. Saya lihat ada sesetengah kawasan itu rumput dan padi sama naik. Kurangnya penjagaan, kurangnya teknik dan teknologi. Hasil yang amat rendah di bawah 3 tan sehektar. Begitu juga di dalam kawasan KADA yang baik sedikit dari kawasan petani biasa. Hasil pun lebih sedikit purata 4 tan sehektar. Masaalah siput gondang juga terdapat di dalam kawasan tanaman padi KADA. Masaalah ini perlu di berikan perhatian serius kerana jika sudah membiak, amat sukar untuk dibanteras dan memusnahkan tanaman padi di musim musim hadapan.
YB Menteri dilihat amat prihatin dengan masaalah rakyat seperti nelayan umpamanya. Bagi meringankan beban mereka, bantuan wang ringgit sebanyak rm 200 seorang diberikan kepada para nelayan, manakala bantuan jentera mini bajak bagi kegunaan sawah diberikan kepada petani, bantuan peruntukan khas bagi membina benteng pasir untuk meningkatkan paras air sungai Kelantan bagi membolehkan kemasukan air ke sawah sawah telah diluluskan dan kerja kerja penambakan menggunakan guni guni pasir sedang dilakukan. Ini adalah sebagai penyelesaian jangka pendek agar petani terus boleh bertani pada musim hadapan ini.
Pihak Kementerian Pertanian juga dibawah kerjasama Kementerian Pembangunan Luar Bandar telah meluluskan pembinaan 300 rumah nelayan sebagai penempatan baru lengkap dengan berbagai kemudahan asas dan kedai. Apa yang saya lihat secara keseluruhan nya, siri lawatan ini amat berjaya. Ia menunjukkan kesungguhan kerajaan pusat membantu rakyat dengan tidak mengira fahaman politik. Kawasan nelayan Tok Bali (Pasir Puteh) adalah kawasan pembangkang tetapi kerajaan pusat membantu tanpa mengira fahaman politik. Begitu juga projek "rubber dam" yg telah diluluskan sebanyak RM16 juta di Sungai Kelantan adalah semata mata untuk kemudahan penanam penanam padi sejak sekian lama tidak pernah di pertingkatkan dan di atasi masaalah pengairan mereka.
Saya sebagai NGO yang berkecuali melihat sendiri perkara perkara yang berlaku ini dan kesungguhan YB menteri membantu dengan berdasarkan kepada apa yg sebenarnya berlaku tanpa ada di pengaruhi oleh elemen lain seperti fahaman politik dan sebagainya. Saya melihat sendiri apakah sebenarnya yang berlaku kepada rakyat Kelantan terutamanya petani dan nelayan yang jauh ketinggalan di dalam berbagai bidang terutamanya di bidang pertanian yang merupakan nadi kehidupan mereka.
Sebagai seorang warga negara Malaysia yg prihatin, saya menyeru kepada semua pihak, marilah kita sama sama berganding bahu membantu rakyat terutama golongan petani & nelayan ini tanpa mengira fahaman politik masing masing.
Yang jadi mangsanya adalah rakyat yang TERSEPIT ditengah tengah KEMELUT POLITIK yang tiada kesudahannya.

No comments:
Post a Comment