Monday, April 12, 2010

USAHA KE ARAH PENINGKATAN HASIL PADI RAKYAT




Bersama Pengarah Mardi Negeri Sarawak, Dr Zabri melawat tanaman padi MR219 di Tg Purun, Lundu, Sarawak. Kawasan dimana berlakunya serangan karah batang dan daun.










Para jemputan VVIP .










Plot di bawah kawalan MARDI .









Dr Zabri memberi ucapan .










Dirasmikan oleh Y .B Dato Dr Wan Junaidi .











Menyampaikan sepatah dua kata .








Simbolik menuai padi .






Salam sejahtera, hari ni saya perlu berbicara lagi topik padi. Rata rata dimana saja menghadapi masaalah yang sama. Pertama pengairan, kedua masaalah baja, ketiga masaalah musuh dan penyakit.

Baru baru ini saya bersama MARDI negeri Sarawak telah menghadiri Majlis Hari Ladang di kampung Tg Purun, Lundu, Sarawak yang telah dirasmikan oleh Y. B. Dato Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar,Ahli Parlimen Santubong merangkap Timbalan Yang DiPertua Dewan Rakyat pada 10hb April,2010.

Kawasan ini mempunyai 141 Hektar kawasan tanaman padi tetapi cuma anggaran 50% sahaja yang diusahakan. Varieti yang diusahakan sebelum ini adalah padi huma, padi kampung dengan jenama yang diberi sendiri seperti "padi Siti Nurhaliza', padi "Dayang Nurfaezah" dan lain lain lagi. Padi jenis ini adalah padi jenis tradisional dan mengambil masa 6 bulan untuk dituai. Pokok juga lebih tinggi dan hasil purata cuma 1 ke 2 tan sahaja se hektar. Semenjak pengenalan benih padi dari pihak MARDI iaitu jenis MR219, hasil dapat dipertingkatkan, jangkamasa tuaian dapat dipendek kan (105 ke 110 hari), pokok yang lebih rendah dan lebih mudah mengawal penyakit & serangan musuh. Sebagai contoh, di kawasan Serian berjaya memperolehi hasil purata 4 tan sehektar.

Pihak MARDI telah berusaha untuk membantu meningkatkan hasil dikawasan Tanjung Purun ini dengan kerjasama pihak swasta yang telah berjaya membuktikan dengan teknologi dan input yang tepat, hasil padi dapat dipertingkatkan walaupun dikawasan yang bermasaalah. Sebagai contoh, percubaan di Semanggol Perak yang tanahnya bersiri Beriah (bermasalah) telah dapat ditingkatkan hasil dari 6 tan sehektar kepada 9.5 tan sehektar di tapak plot percubaan yang telah dilakukan. Manakala rata rata hasil kawasan sekitarnya cuma 4 ke 5 tan sehektar sahaja.

Tanah di Tg Purun ini tidaklah seteruk mana pun tetapi teknologi dan pendekatan yang lebih maju perlu di aplikasikan dimusim menanam dengan pakej lengkap dari peringkat sebelum tanam, pemulihan tanah perlu di lakukan sehinggalah kepada peringkat penyemaian biji benih, pembajaan, pengawalan serangga, pemautauan pengairan dan lain lain. Dari penelitian pihak kami sebagai penasihat pertanian, hasil kawasan ini akan dapat dipertingkatkan dengan pendekatan dan saranan yang pihak kami sedia bekerjasama dengan pihak MARDI negeri Sarawak dan juga masyarakat setempat. Hasil akan dapat dipertingkatkan dari musim ke musim secara berperingkat dan kearah pengurangan penggunaan baja kimia yang digunakan secara berlebihan sekarang ini.

Saranan pihak Pegawai Daerah En Azmi bagi menjadikan kampung Tg Purun ini sebagai contoh atau model penghasilan padi tertinggi per Hektar di Sarawak akan tercapai dengan berubah kepada pendekatan yang lebih baik dan maju seiring dengan perkembangan kemajuan teknologi pertanian di dunia. Pihak kami sedia membantu bagi merialisasikan hasrat kerajaan untuk mencapai hasil padi 10 metrik tan sehektar bermula di Tg purun ini bagi negeri Sarawak...insyaallah

No comments:

Post a Comment