Tuesday, July 6, 2010

NATIONAL RICE CONFERENCE (NRC)









Pada 28 hingga 30hb June yang lalu, satu persidangan di peringkat kebangsaan mengenai industri padi negara telah diadakan di Swiss Garden,Damai Laut, Lumut,Perak. Conference ini bertajuk "STRENGTHENING FOOD SECURITY THROUGH SUSTAINABLE RICE PRODUCTION" yang telah dianjurkan oleh MARDI dan dengan kerjasama MOA,LEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG,BERNAS,JABATAN PERTANIAN,FELCRA,SIME DARBY,KERAJAAN NEGERI PERAK DAN TOURISM OF MALAYSIA.

Seminar ini telah dihadiri oleh beberapa orang wakil dari seluruh agensi berkaitan pertanian dari seluruh negara terutama agensi yang terlibat secara langsung didalam industri tanaman padi negara. Menteri Pertanian & Industri Asas Tani Malaysia, Dato Seri Noh Omar telah sudi merasmikan pembukaan seminar ini. Seminar ini dilihat telah berjaya dalam mengenengahkan idea idea baru, cadangan cadangan baru samada dari segi teknikal dan sikap didalam memastikan industri padi negara berada ditahap selamat melalui pengeluaran yang berterusan dan berkualiti.

Disepanjang 3 hari seminar berlangsung, beberapa syarikat GLC dan juga swasta dijemput untuk mempromosikan produk2 baru dan teknik2 baru yang dapat membantu mempertingkatkan kemajuan dan pengeluaran industri padi dinegara ini.


Diharap dengan berlangsung dan tamatnya seminar ini, agensi agensi yang terlibat didalam industri padi negara akan dapat men manafaatkan ilmu dan pengetahuan yang diperolehi dengan membantu menyalurkan kepada para petani kita agar hasil padi dapat di pertingkatkan lagi.

No comments:

Post a Comment