








Memandangkan sejak akhir akhir ini, pihak Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani banyak memberikan tumpuan terhadap tanaman padi di negara kita yang mana pihak kerajaan berusaha untuk mempertingkatkan hasil padi negara selaras dengan memastikan tahap keselamatan bahan makanan mencukupi (food security) bagi kegunaan rakyat. Maka berbagai seminar atau forum seperti NRC baru baru ini yang mengkhusus kepada tanaman padi sahaja. Berbagai bagai faktor, cadangan cadangan di ketengahkan termasuk juga input input yang berkualiti seperti benih2 baru, baja dan sebagainya.
Sehubungan dengan itu saya melalui beberapa buat syarikat telah mengambil langkah bagi membantu agensi agensi di bawah MOA seperti MARDI dalam memperkenalkan produk2 yang berkualiti, teknik dan teknologi yang mampu membantu hasrat kerajaan mencapai matlamatnya.
Sebagai contoh; Dari beberapa percubaan yang pernah saya kelolakan diPerak, input dan pemantauan disamping teknik2 yang disyorkan telah dapat meningkatkan pada percubaan sebelum ini di Semanggol dibawah IADA telah memberikan peningkatan hasil dari 6 tan ke 9.5 tan sehektar. Yang terkini pula, saya sedang menjalankan percubaan bersama pihak MARDI Perak (Kuala Kangsar) di kawasan percubaan di dalam daerah Kerian yang mana dijangka akan dituai pada 4 atau 5hb Ogos yang akan datang ini.
Kawasan ini cuma mencapai hasil dalam 4 tan per hektar sebelum ini tetapi dari pengamatan saya musim ini akan berlaku peningkatan seperti plot plot percubaan saya yang lain. Jangkaan secara kasar plot percubaan ini akan mencapai antara 8 ke 9 tan sehektar.
Walaubagaimana pun semua ini bergantung kepada serangan musuh yang menyerang pada peringkat akhir musim tanaman yang mana masaalah ini telah disuarakan oleh petani petani bersebelahan (Semanggol) yang telah dituai baru baru ini dimana hasil menurun 30% akibat serangan musuh tanaman.
Mudah mudahan kawasan percubaan kami dapat diselamatkan kerana pemantauan yang dilakukan secara kerap dari masa ke semasa.
No comments:
Post a Comment