Monday, August 16, 2010

TEST PLOT MARDI, Parit Hj Aman


















Pada 5hb Ogos yang lalu, pihak kami bersama MARDI Kuala Kangsar telah mengadakan sedikit majlis bersama peserta/petani setempat dan pelajar pelajar dari TWINTECH University di Kg Parit Hj Aman.

Tujuan kami adalah bagi mendedahkan kepada pelajar pelajar tentang cara cara penanaman padi dari pelbagai aspek seperti pembenihan, penjagaan, pengairan dan juga pembajaan. Mereka juga didedahkan dengan pengetahuan tentang aspek biologi, soil info dan lain lain lagi.

Percubaan kali kedua bagi pihak kami ini melibatkan tanah seluas 1.67 hectar bagi produk baja organik untuk pemulihan tanah dan baja foliar(semburan)organik bagi membantu pertumbuhan pokok dan juga bagi pengisian biji padi.

Kebanyakan kawasan tanaman padi di daerah ini ada yang telah dituai awal 2 atau 3 hari yang lalu dan sebahagiannya sedang menunggu untuk dituai menggunakan mesin jentuai yang terpaksa mengikut masa dan giliran.

Rata rata hasil padi pada musim ini adalah menurun (Off season) di bawah 3 Metrik tan sehektar. Bagi peserta plot percubaan kami , Haji Zulkifli dimana beliau mengusahakan seluas 12 ekar tanaman padi pada musim ini merasa kecewa dengan hasil di plot plot lain yang tidak menggunakan produk kami. Hasilnya ada yang mendapat 1.8 tan, 1.5 tan dan ada juga yang hanya mendapat 900kg sahaja sehektar. Walau bagaimanapun kekecewaan beliau terubat juga kerana di plot percubaan beliau yang menggunakan produk kami mendapat 6.4 metrik tan sehektar berbanding musim lalu hanya 4.3 metrik tan sehektar.Peningkatan ini dilihat amat baik sekali kerana rata rata hasil petani dikawasan ini mengalami penurunan dan jikalau plot percubaan kami dapat mengekalkan hasil 4 tan seperti musim lalu pun sudah dikira amat baik. Tetapi dengan teknik dan input yang berkualiti yang kami syorkan, nampaknya bukan saja mampu mengekalkan rekod hasil musim lalu malah mendapat pertambahan hampir 2 tan lagi menjadikan hasil bagi plot ini sebanyak 6.4 Metrik tan sehektar.

Dalam taklimat ringkas saya kepada petani dan juga sebagai pengetahuan tambahan kepada pelajar pelajar yang datang, saya menekan kan aspek kesuburan tanah, penjagaan dan pengawalan awal musuh tanaman serta beberapa teknik dan teknologi berkaitan penanaman & penjagaan tanaman padi telah membuktikan ianya berkesan.

Beberapa gambar dipaparkan sekitar hari penuaian tersebut.

Plot percubaan seterusnya akan di lakukan di Kg Tg Purun, Lundu, SARAWAK pada bulan November ini. Kawasan ini mendapat hasil yang rendah di antara 2 ke 3 tan sahaja dan kami berusaha untuk membantu petani petani disana bersama kerjasama pihak MARDI Sarawak didalam mengenalkan input input baru yang berkualiti dan juga teknik teknik baru yang mampu meningkatkan hasil padi di sana.

Sama samalah kita tunggu...

Sekian.

No comments:

Post a Comment