Penggunaan baja organik samada dari sumber buangan haiwan FYM (Farm yard manure) , hasil buangan kilang kilang sawit, hampas kacang soya, lebihan sayuran, buah buahan & lebihan buangan hasil laut adalah sangat berguna dan sangat berkesan untuk dijadikan sebagai baja organik bagi tanam tanaman setelah diproses.
Bahan bahan ini selamat dan bebas kimia serta mudah diperolehi bagi kegunaan kebun persendirian. Kesedaran bagi pengurangan penggunaan baja kimia telah mula menular kepada pekebun dan petani di negara kita akhir akhir ini. Kita mulai sedar tentang keburukan dan kesan jangka panjang dari penggunaan baja baja kimia jika diguna secara berterusan tanpa diambil kira bagaimana kah cara untuk mengimbangi kesan penggunaan baja kimia ini kepada tanaman dan juga tanah.
Penggunaan baja kimia perlu diimbangi dengan penggunaan baja baja organik dan yang lebih baik adalah dengan mengimbangi melalui penggunaan baja asli atau natural fertilizer (contoh: mineral dari bumi, dolomite, baja gunung berapi dll).
Di Thailand, penggunaan baja organik atau penggunaan baja dari sumber asli/ natural fertilizer ini telah mencapai melebihi 50% penggunaannya. Berbalik kepada penggunaan baja organan & baja asli telah memberikan kesan pemulihan semula kepada tanah disamping mengurangkan penggunaan baja kimia. Banyak tanah tanah yang dahulunya subur telah menjadi kurang subur, usang, kurang daya penguraian kepada bahan2 organik, kesan dari penggunaan baja kimia dan racun kimia secara berterusan. Bila kadar keupayaan penguraian oleh tanah telah menurun, petani telah menggandakan kuantiti pengggunaan baja kimia dengan tujuan bagi mempertingkatkan hasil tetapi sebenarnya ianya cuma akan lebih merosak kan kualiti dan kesuburan tanah.
Sebenarnya penggunaan baja kimia tidak perlu dipertingkatlagi apabila sampai kesatu tahap tetapi yang perlu diambil perhatian pula adalah tanah itu sendiri. Kita patut kembali menumpukan kepada tahap kesuburan tanah. Ibarat pepatah: "MAKANAN YANG SEDAP TAK DAPAT DIMAKAN BUKAN KERANA SAKIT GIGI TETAPI SAKIT GUSI maka POKOK PULA TIDAK DAPAT MENGAMBIL BAJA BUKAN KERANA POKOK TIDAK MAMPU TETAPI TANAH YANG SAKIT"
Petani di Thailand telah menemukan cara terbaik kearah pengekalan kesuburan tanah dan pemulihan kepada tanah yang telah rosak melalui penggunaan sejenis baja berasaskan sumber bumi iaitu "dolomite" yang secara semulajadinya adalah kaya dengan kalsium dan magnesium. Kandungan kalsium yang ada didalam dolomite itu sendiri telah mengambil alih fungsi kapur (GML) dan mempertingkat PH tanah yang masam dan berasid. Baja ini bukan saja mengandungi sumber bahan asli tetapi telah di formulasikan dengan campuran beberapa mikro nutien lain (TE) dan juga beberapa jenis mikrob berfaedah. Produk ini di Thailand telah dijadikan sebagai baja wajib bagi setiap kali sebelum menanam apa jua jenis tanaman dari bunga bungaan, sayuran, buah buahan, padi tanaman kontan lain hinggalah ke tanaman kekal seperti getah dan kelapa sawit.
Kesan dari penggunaan baja ini telah dapat mempertingkatkan semula hasil tanaman melalui memperbaik pulih kesuburan tanah secara semulajadi melalui penggantian semula humus, mikroorganisma, meningkatkan PH dan secara tak langsung meningkatkan kadar tukaran kation dalam tanah.(KTK/CEC)
Selamatkan lah tanah kita dari terus dicemari dengan penggunaan bahan bahan kimia secara menyeimbangkannya dengan penggunaan baja natural fertilizer secara bersepadu. Dengan cara ini penggunaan baja kimia dapat dikurangkan secara perlahan lahan dan menjimatkan kos petani.
Baja yang saya syorkan kini telah berada dipasaran Malaysia secara komersial dikenali dengan nama TONMAI formula MS1.
PENGIMPOT TUNGGAL : MS ORGANIC AGROTECH TEL:

MOHD SHAZWAN 016-3812529
No comments:
Post a Comment