Wednesday, March 23, 2011

KURMA DAH BERBUAH



































Bercakap mengenai teknologi terutama "teknologi pertanian tepat", rupanya banyak perkara yang di luar dugaan boleh berlaku. Asalkan kena pada keadaannya,, keperluannya, spesis nya dan lain lain perkara yang diperlukan, semua boleh jadi.

Itulah kuasa Allah swt. Tiada yang mustahil kalau kita ada ilmu dan belajar tentang apa apa perkara pun di dunia ini. Ilmu pengetahuan itu tiada penghujungnya.

Sebab saya berkata begitu adalah kerana kalau pokok kurma susah nak berbuah di negara kita dan negara sekitarnya yang sama cuaca, yang terkini, tanaman pokok kurma baru baru ini dah mula berbuah. Lokasi ianya ditanam masih dirahsiakan lagi atas sebab sebab tertentu. Bila sampai masanya baru didedahkan kepada umum.

Faktor baja juga saya nak tekan kan disini. Ianya memainkan peranan penting juga. Kalau kita makan sesuatu makanan yang kita suka, tak bermakna orang lain pun akan ikut suka. Jadi selera dan keperluan kita berbeza.

Begitu juga dengan pokok pokok dan tanaman. Ada jenis jenis baja yang bersesuaian dengan jenis jenis pokoknya.

Dipaparkan beberapa gambar ladang percubaan tanaman kurma yang dah hampir 2 tahun ditanam. Dah nampak ada yang mula berbuah. Walaupun di jangkakan ianya mengambil selepas 2 tahun ke 3 tahun baru mula berbunga dan berbuah. TETAPI kuasa ALLAH MAHA BESAR...............

No comments:

Post a Comment