Pada 28 hb April hingga 01 hb May yang lalu, saya telah dijemput untuk membuat satu lawatan sambil beramah mesra dengan penduduk kampung Lumapas, Kampung Maya, Tutung dan beberapa AJKT Persatuan Gemilang di negara Brunei Darussalam.
Dalam lawatan ini, saya telah diberikan peluang untuk memberikan sedikit penerangan berkenaan pertanian dan perladangan kepada penduduk dan beberapa orang usahawan. Saya juga berpeluang melawat beberapa tempat yang mengusahakan industri seperti penghasilan minyak kayu gaharu dan juga melawat beberapa tapak pertanian seperti ladang pokok gaharu, ladang pisang, ladang tanaman cili, sawah padi dan lain lain kawasan yang bakal diusahakan sebagai kawasan tanaman pertanian.
Berdasarkan dari lawatan tersebut, saya berkesempatan memberikan sedikit idea dan cadangan berkenaan kesesuaian tanah dan tanaman yang berkait rapat bagi menentukan hasil yang baik dan berkualiti. Peranan baja dan beberapa lagi faktor yang berkaitan perlu dititik beratkan dalam proses kita untuk bertani. Pada keseluruhannya, saya dapati penduduk penduduk di sini amat berminat untuk mengusahakan tanaman pertanian tetapi kekurangan sedikit ilmu dan teknik yang perlu bagi memberikan kejayaan dalam perladangan.
Selain dari itu, Persatuan Gemilang mempunyai Ahli Ahli Jawatan Kuasa melalui Biro Biro tertentu dilihat sangat aktif dan bersungguh sungguh dalam menjayakan sesuatu projek dan didalam projek pertanian umpamanya, saya rasa boleh mencapai kejayaan yang cemerlang sekiranya dilatih dan diberikan sedikit lagi pengetahuan dari segi input pertanian yang perlu digunakan dan juga dari segi teknik teknik terkini dalam industri pertanian masa kini.
Saya juga sempat memperkenalkan satu tanaman baru sebagai alternatif yang bakal memberikan hasil kepada petani dan penduduk dalam masa 3 tahun dari sekarang. Tanaman pokok kurma spesis MS1 yang telah berjaya dihasilkan bagi pembenihan dan sedia untuk dijual sebagai tanaman di sekitar rumah atau ladang. Melalui teknologi yang semakin berkembang, berbagai bagai produk atau input baru dapat dihasilkan.
Disini juga saya memberikan kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada Syarikat Agrotech Hafizul Rahman, Persatuan Gemilang, YB Hj Bakar, Ketua ketua kampung yang terlibat dan kepada AJKT Persatuan Gemilang yang terlibat secara langsung dalam program lawatan ini dan juga meraikan saya di majlis makan malam dan BBQ yang sungguh meriah.
Saya lampirkan beberapa gambar yang sempat dirakamkan dalam siri lawatan tersebut.
TERIMA KASIH
Mengenal pasti pokok gaharu hutan
No comments:
Post a Comment